Saturday, 3 December 2016

Selamat datang Ke Blog Pendidikan GGGE2123

Selamat datang ke Blog Pendidikan Teknologi Dan Inovasi.Semoga perkongsian yang saya sampaikan memberi manfaat kepada semua.Teknologi dan inovasi mempunyai banyak kepentingan dalam pendidikan.Antaranya ialah :

1) Merangsang minda pelajar
Penggunaan teknologi dan inovasi dilihat dapat melibatkan pelbagai deria pelajar sama ada deria melihat dan mendengar. Sebagai contoh, penggunaan elemen dalam multimedia iaitu persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang pelajar dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media lain yang statik sifatnya. Seterusnya, penggunaan animasi yang menggambarkan pergerakan planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding paparan imej-imej planet yang bersifat statik. Pelajar akan lebih terdorong untuk menggunakan minda mereka dalam proses pembelajaran apabila pengajaran guru itu adalah bersifat menarik dan mudah difahami oleh mereka.


2) Komunikasi dua hala
Penggunaan teknologi dan inovasi juga membolehkan pelajar berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi secara dua hala adalah interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar. Contohnya, penayangan video tentang proses kejadian gerhana matahari dalam matapelajaran Sains. Guru boleh menghentikan, mempercepatkan ataupun memutar kembali video tersebut untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang sesuatu isi pengajaran yang diajar.

3) Celik IT
Guru yang mengaplikasikan ICT dalam proses P&P mereka bukan sahaja dapat memupuk budaya celik IT di dalam diri mereka sendiri tetapi juga di kalangan pelajar. Penggunaan ICT membolehkan guru sentiasa mengetahui dan meneroka sumber-sumber baru bagi dimasukkan dalam pengajaran mereka. Ini secara langsung menjadikan guru tersebut sentiasa mengikuti peredaran semasa dan mengalikasikannya dalam pengajaran. Situasi ini menyebabkan pelajar tidak akan berasa bosan dan malas untuk belajar kerana mereka tahu bahawa guru-guru mereka sentiasa mempunyai bahan-bahan yang menarik untuk dipelajari. Secara tidak langsung, penggunaan ICT dalam pengajaran menjadikan pelajar-pelajar pada zaman sekarang mahir dalam teknologi dan inovasi serta boleh menggunakannya bagi tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran.

4) Menarik minat pelajarSelain merangsang minda pelajar seperti yang dinyatakan di atas, penggunaan ICT dalam bilik darjah juga dapat menarik minat pelajar untuk menghayati dan memahami sesuatu topik yang dibincangkan dengan lebih jelas serta mudah difahami. Ianya dapat memaksimumkan penglibatan pelajar di dalam kelas dan mereka akan menjadi lebih aktif dalam membuat perbincangan, bertanyakan soalan kepada guru dan sebagainya. Contohnya, dalam matapelajaran Sejarah, pelajar akan lebih menghayati subjek tersebut jika guru menggunakan tayangan video tentang sejarah Hang Tuah dan meminta pelajar untuk mencari maklumat mengenai sejarah Melaka menggunakan internet.


5) Menjimatkan masa, tenaga dan wang
Penggunaan teknologi juga dapat melicinkan proses P&P kerana guru boleh memberikan tumpuan kepada isi-isi penting sahaja untuk dimasukkan ke dalam slaid Powerpoint. Slaid yang ringkas dan padat memudahkan pelajar untuk mendapatkan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka tidak lagi perlu menyalin semua nota secara bulat-bulat sebaliknya diajar mencari hanya isi-isi penting sahaja. Selain daripada itu, guru-guru juga tidak perlu lagi memberikan nota tangan kepada pelajar tetapi boleh memuatkannya dalam bentuk softcopy supaya mudah diakses oleh para pelajar. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa guru tidak perlu bersusah payah lagi menghabiskan wang untuk membuat salianan nota atau latihan kepada pelajar.

Sekian Terima Kasih

Penemuan Terbaru Dalam Pertanian

Cara Inovasi Buah Tembikai Bulat Jadi Empat Segi di Jepun

Mungkin sebagian kita pernah melihat di rancangan TV atau juga dimedia akhbar tentang kewujudan buah Tembikai (Watermelon) berbentuk empat segi,bentuk alami sebelum ini adalah berbentuk bulat.

Ataupun Anda pernah  makan tembikai empat segi ini ( hehee..saya belum kerana..mahal) yang pada asalnya diimport dari negara Jepun dan begitu popular di negara itu. Justru kini, tembikai jenis itu sebenarnya sudah berada di pasaran negara Malaysia ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Cara Inovasi Buah Tembikai Bulat Jadi Empat Segi di Jepun
Cara Inovasi Buah Tembikai Bulat Jadi Empat Segi di Jepun

Seorang pengusaha agrobisnis berbangsa India  bernama M Kaliyannan di negara Malaysia ini menceburi secara besar-besaran bidang penanaman tembikai secara komersial dengan hanya menyewa tanah di beberapa kawasan di Sitiawan serta Sungkai di Perak dan di Johor.

M Kaliyannan adalah pengusaha pertama tembikai jenis ini, sehingga namanya dicatat dalam buku Malaysian Books of Record kerana menjadi pengusaha pertama menanam tembikai berbentuk empat segi.

Kini, pengeluarannya antara 100 hingga 200 biji setiap sesi penanaman dan tembikai itu untuk pasaran eksport ke Kanada, Hong Kong dan Dubai, selain pasaran tempatan.

Tembikai empat segi ini dijual di Malaysia dengan harga RM35. Dan harga tembikai empat segi itu dijual RM315 sebiji di Jepun..Wow!Apakah Anda tak teringin untuk menanamnya?

Penanaman tembikai ini adalah satu cabang bidang pertanian yang bagus untuk diterokai kerana permintaan terhadap produk itu amat tinggi di luar negeri.

Inovasi dari Negara Matahari Terbit,
Bagaimana boleh timbul idea orang Jepun untuk menjadikan buah watermelon yang biasa bulat menjadi empat segi.Masyarakat Jepun sangat terkenal dengan gaya pemikiran,budaya serta nilai-nilai yang tinggi kemasyarakatan mereka.

Pada asalnya petani-petani di Jepun ini hanya mencari formula penyelesaian pada satu masalah yaitu untuk menyimpan buah tembikai yang berbentuk bulat.


Sejak buah tembikai wujud di Jepun beberapa tahun lalu,dan tembikai juga adalah buah-buahan yang sangat digemari oleh masyarakat Jepun dan juga untuk komoditi export Jepun.

Dalam urusan logistik dan penyimpanan buah 
tembikai bulatsangat merumitkan  
seperti untuk menyimpan tembikai bulat dalam peti sejuk mereka.Dan tembikai bulat akan mudah bergolek jatuh tatkala mahu memotongnya.
Ketika itulah muncul idea untuk menyelesaikannya tercetus daripada seorang petani dari Zentsuji di Kagawa, yaitu dengan mengubah tembikai bulat menjadi empat segi untuk memudahkanya ia disimpan dan dibungkus.

Mereka membungkus tembikai itu di dalam kotak kaca dan tembikai itu akan membesar mengikut saiz kotak itu secara semulajadi

Sistem pertanian di Jepun sangat berbeda dengan petani-petani di negara lain.Masyarakat petani Jepun ada satu sistemnya yang patut kita contohi.

Didalam komuniti pertanian mereka ada satu tempat penyimpanan hasil pertanian berupa gudang besar dengan penyimpanan lengkap beserta alat penyejuk.Jadi setiap petani tidak perlu menyimpan barang mereka dirumah sendiri.

Dan setiap masa panen hasil pertanian, mereka akan meyimpan sementara hasil tani mereka di gudang komunti tersebut,sebelum untuk dipasarkan.

Jadi buah tembikai bulat sangat menyita ruangan penyimpanan.Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka mencipta satu inovasi baru, dengan 'mengubah' tembikai yang bulat menjadi empat segi.

Inilah hasil inovasi mereka-petani Jepun.Bagaimana Anda para petani di rantau kepulauan Nusantara ini?
Mari kita ber-inovasi pada apa saja bidang yang Anda ceburi,baik untuk diri sendiri atau komuniti Anda dan untuk negara secara umumnya.Terimakasih.

Konsep Teknologi Dalam Pendidikan

 
Menurut Turban et al.(2005), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian, rangkaian, dan peranti-peranti yang lain. Mengikut Galbraith (1967), ‘technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Manakala merujuk Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); Romizowski (1988) dalam buku Yusup Hashim dan Razmah Man (2006) yang bertajuk Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi telah menjelaskan bahawa teknologi membawa dua maksud:
  • Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugas-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
  • Tekn0logi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem, (perisian) adalah hasil teknologi.

Yusup Hashim dan Razmah Man dalam buku Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi juga menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ditaksirkan dari dua sudut iaitu sudut produk dan sudut proses. Dari sudut produk teknologi maklumat merupakan peralatan yang boleh digunakan untuk membina, mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti penggunaan komputer, peralatan telesidang, CD ROM dan perisian komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi proses pula, teknologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi komunikasi seperti Internet (e-mail, www, forum dan laman web), telesidang video atau instruksi berasaskan komputer (IBK).

Menurut Abdul Manaf Bohari dan rakan-rakan (2006) dalam buku Sistem Maklumat Dalam Organisasi Komtemporari mendefinisikan teknologi maklumat dan Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi.
Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dalam aspek komunikasi atau perhubungan. Teknologi maklumat diperkenalkan bagi memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Domain-Domain Teknologi Pendidikan

Dalam sistem pendidikan, penggunaan teknologi pendidikan adala sebagai salah satu wadah penggerak paradigma pendidikan negara ke arah yang lebih maju setanding dengan arus pemodenan. Hal ini kerana, penggunaan teknologi dapat membantu para pendidik merancang pengajaran yang lebih berkesan. Oleh itu terdapat 5 domain dalam teknologi pemdidikan yang menjaga struktur asas bidang ini. Domain tersebut ialah:
1- Reka bentuk
  • Reka bentuk sistem pengajaran
  • Reka bentuk mesej
  • Strategi pengajaran
  • Ciri-ciri pelajar

2- Pembangunan
  • Teknologi percetakan
  • Teknologi audiovisual
  • Teknologi berasaskan komputer
  • Teknologi bersepadu

3-Penggunaan
  • Penggunaan media dan inovasi
  • Pelaksanaan 
  • Polisi dan peraturan

4- Pengurusan
  • Pengurusan projek
  • Pengurusan sumber
  • Pengurusan sistem penyampaian
  • Pengurusan maklumat

5- Penilaian
  • Analisis masalah
  • Pengukuran rujukan kriteria
  • Penilaian formatif
  • Penilaian sumatif

Prinsip-Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan Dalam Proses P&P

1-Bahan Bantu Mengajar (BBM
2- Pengajaran dan Pembelajaran
3-Perancangan:
  • Sebelum Penggunaan
  • Semasa Penggunaan
  • Selepas Penggunaan
4- Kegunaan
5- Objektif Pembelajaran
6- Masa
7- Rujukan
8- Selepas Penggunaan
9-Pameran

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam P&P

PERANAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Menurut Noarsiah, Nor Risah Jamilah & Rosnah (2009), peranan Teknologi Pendidikan ialah:
  • Memartabatkan profesion Keguruan
  • Penjanaan pembaharuan dan Inovasi kurikulum
  • Penggerak inovasi reka bentuk dan sistem pengajaran
  • Sumber penghasilan bahan bantu mengajar
  • Penyelesai masalah
  • Pengurusan dan pentadbiran


KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Teknologi Pendidikan sangat penting kepada golongan guru, murid dan pentadbiran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


1-GURU
  • Menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dalam P&P
  • Keberkesanan hasil dan objektif P&P
  • Penjimatan masa dan tenaga guru
  • Boleh menyelesaikan masalah dari segi tempat, masa, bahan rujukan, masalah ketiadaan guru di sekolah dan masalah murid yang lebih.
2- MURID
  • Memberi keseronakan kepada murid untuk belajar
  • murid lebih jelas tentang sesuatu konsep yang ingin disampaikan oleh guru
  • Melibatkan pelbagai deria murid dalam proses P&P
  • Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topil secara maksimum
  • Murid dapat memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman.

Kepentingan Sukan Kepada Msyarakat Dan Negara





KEPENTINGAN BERSUKAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

      Antara keistimewaan sukan adalah membantu meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya.  Misalnya, cara rentak kuda melompat dan berlari dalam sukan berkuda seperti equestrian menyebabkanvetebra tulang belakang penunggan kuda tersebut bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni.  Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah yang berkaitan dengan tulang belakang manusia.  Selain itu, sukan renang pula mampu menguatkan mental dan fizikal perenang kerana sukan ini memerlukan satu gerakan yang berkoordinasi antara anggota kaki dan tangan di samping meransang system kardiovaskular mereka.  Ringkasnya, semua aktiviti sukan memiliki kemaslahatannya yang tersendiri terhadap kesihatan pengamalnya justeru setiap individu perlu melakukan aktiviti ini agar terhindar daripada sebarang penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.  

      Sebagai tambahan, ekonomi negara juga dapat dipertingkatkan melalui aktiviti sukan.  Contohnya, penganjuran sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel, Le Tour de Langkawi, Sukan SEA dan Formula 1 telah banyak menyumbang pendapatan kepada negara.  Tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran sukan komanwel pada tahun 1998 telah membantu menangani kemelesetan ekonomi negara pada tahun tersebut.  Contoh lain pula, Amerika Syarikat yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik di Atlanta telah mendapat keuntungan sebanyak USD20 billion.  Pendapatan negara terjana melalui kedatangan pelancong yang ramai untuk menyaksikan temasya sukan yang berprestij itu kerana ada gula, ada semut.  Pengaliran wang asing masuk ke negara ini akan bertambah rancak sekaligus meningkatkan ekonomi sekaligus menjana sumber ekonomi negara.  Mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menyatakan  dalam MSEI 2012 bahawa bidang sukan tidak boleh dilihat dari segi taruhan pingat atau rekreasi semata-mata, sebaliknya bertindak sebagai penggerak ekonomi negara.  Jelaslah bahawa sumber pendapatan negara diperoleh daripada aktiviti sukan yang dilangsungkan secara besar-besaran.

      Di samping itu, sukan juga mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.  Sebagai tamsilannya, sesebuah pasukan bola sepak mesti terdiri daripada pelbagai latar belakang.  Untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat dan digeruni oleh pihak lawan, mereka mesti mewujudkan persefahaman yang antara satu sama lain.  Situasi ini sangat penting untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai bak kata peribahasa, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."  Bukan setakat pemain sahaja  semangat perpaduan itu terjalin tetapi juga penyokong atau penonton yang menyaksikan perlawanan juga mendapat manfaat yang sama.  Mereka berkesempatan untuk berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa acara tersebut diadakan.  Jalinan persahabatan ini akan mengurangkan sentimen perkauman atau kenegerian yang mampu menggugat keharmonian negara.  Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa pengalaman kita dan juga pengalaman orang lain telah membuktikan betapa padahnya jika isu perkauman tidak diawasi dan dibendung sebaiknya.  Oleh itu, para atlet dan peminat sukan tanah air patut bertanggungjawab dalam memelihara perpaduan di negara ini.  Pendek kata, penglibatan dalam bidang sukan sama ada secara langsung atau secara tidak langsung mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman seperti air dalam terenang.

      Tuntasnya, penglibatan secara konsisten dalam sukan mempunyai banyak kelebihannya kepada masyarakat dan negara.  Oleh itu, pihak kerajaan haruslah menambah frasarana sukan seperti gelanggang, dewan, padang dan sebagainya untuk menarik minat masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.  Sementara itu, masyarakat pula perlu menyahut seruan kerajaan supaya menjalani gaya hidup yang sihat dengan melibatkan diri dalam satu bidang sukan yang digemari kerana tepuk tangan sebelah takkan berbunyi.  Ibu bapa pula perlu menggalakkan anak-anak untuk bergiat dalam sukan dengan menghantar anak-anak menjalani kem sukan atau membelikan kelengkapan sukan yang digemari oleh anak-anak mereka.  Tindakan ini perlu dilakukan kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah mengatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim mafhumnya, "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah".  Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa sukan semestinya membawa sejuta manfaat kepada semua sehingga Nabi Muhammad S.A.W telah menggalakkan umatnya supaya aktif bersukan sejak kecil lagi.